|
Berita Terkini |
|
|
Pilihan
Bernas
Dijamin
Pilihan
Bijak |
|
|
|
|
|
Promosi
Set Sudu &
Garpu |
|
 |
|
Percuma
Sudu
dan
set
Sudu
&
Garpu
dengan
setiap
pembelian
beras
terpilih...selanjutnya>> |
|
|
|
|
|
|
|
|
Aktiviti-aktiviti Sazarice
Sdn. Bhd |
|
|
|
Gerai Pilihan Bernas
menang kategori
Rekabentuk Terbaik (Swasta)
sempena HPPNS 2006. |
|
Gerai
PILIHAN BERNAS
telah memenangi kategori
Rekabentuk terbaik (Swasta)
sempena Hari Peladang,
Penternak dan Nelayan Negeri
Sabah anjuran
Kementerian Pertanian dan
Industri Makanan Sabah
di tapak tamu KPD Likas pada
27 - 30 Julai 2006. Beras
Corporation Sdn Bhd dan anak
syarikatnya Sazarice Sdn Bhd
telah menjayakan program
aktiviti jualan beras-beras
tempatan semasa HPPNS yang
berlangsung selama empat
hari. Pihak BCSB juga telah
menaja demonstrasi masakan
dari celebriti Chef Wan yang
telah berlangsung di tapak
Fiesta Makanan Laut. |
|
 |
 |
|
Celebriti Chef Wan bersama
kakitangan-kakitangan BCSB
yang telah menaja
demonstrasi masakannya. |
YB Datuk Abdul Rahim Ismail
sedang melawat gerai Pilihan
Bernas diiringi oleh Ketua
Pegawai Operasi BCSB, En
Azhar Abdullah. |
 |
 |
|
Suasana di dalam gerai
Pilihan Bernas. |
Demonstrasi masakan Beras
Pilihan Bernas. |
 |
 |
|
Seorang pelawat sedang
mencuba nasib menjawab kuiz
Pilihan Bernas. |
YB Datuk Abdul Rahim Ismail
menyampaikan sijil
penyertaan kepada Ketua
Pegawai Operasi BCSB, En.
Azhar Abdullah. |
|
|
|
|
Promosi Beras
Tempatan "Pilihan
Bernas" Di Gaya
Street. |
|
Baru-baru BERNAS melalui
ahli kumpulannya, Sazarice
sdn bhd, telah mengadakan
program promosi jualan beras
tempatan “PILIHAN BERNAS”
bertempat di Taman Daesoka,
Jalan Gaya dan seperti biasa
pihak Sazarice yang banyak
memberi sokongan kepada
artis-artis tempatan Sabah
telah menjemput beberapa
artis daripada beberapa
syarikat rakaman untuk
mengadakan promosi jualan
album mereka serta
‘meet-the-fans session’.
Antara artis -artis ternama
tempatan yang hadir pada
hari tersebut adalah seperti
Atama, Shawn, Max, adik
Najwa dan adik Narhana,
pelakun Ramli Ahmad serta
pelawak tempatan iaitu
Koboi. Disamping itu,
beberapa ‘bakal’ artis yang
bakal mengeluarkan album
mereka juga telah turut
hadir untuk memberi sokongan
serta mencari pengalaman
tentang cara dan suasana
membuat persembahan pentas. |
|
 |
 |
|
Antara Beras Tempatan yang
dijual. |
Satu persembahan yang
menarik dari
ATAMA. |
 |
 |
|
Sean, vokalis Kumpulan SEAN
77. |
Aktiviti pentas semasa
promosi. |
 |
 |
|
Seorang lagi artis Hip-Hop
tempatan, MAX. |
Para kakitangan jualan
membantu pelangan-pelangan. |
|
|
|
|
Pertandingan Memasak
"Nasi Goreng Pilihan
Bernas" (17 Jun
2006) |
|
Sazarice Sdn Bhd dengan
kerjasama S.M.K Likas telah
menganjurkan "Pertandingan
memasak Nasi Goreng Pilihan
Bernas" pada 17 Jun 2006.
Aktiviti ini diadakan
sempena Karnival sekolah
tersebut. Terdapat tiga
kategori yang
dipertandingkan iaitu
kategori terbuka, pelajar
dan guru. Sambutan yang
diterima amatlah
menggalakkan di mana ke
semua kategori-kategori
tersebut mencapai kuota
jumlah penyertaan iaitu
seramai tiga puluh (30)
orang. Para pemenang
menerima hadiah sumbangan
Sazarice Sdn bhd dan
disampaikan oleh Pengurus
Pemasaran dan Operasinya
iaitu En. Mohd. Jeffrey
Ansow. |
|
 |
 |
|
Peserta-peserta kategori
pelajar |
Peserta-peserta kategori
terbuka. |
 |
 |
|
Orang ramai yang berkunjung
ke khemah pertandingan Nasi
Goreng. |
Pengurus Pemasaran dan
Operasi Sazarice Sdn Bhd,
En. Mohd. Jeffrey Ansow
menyampaikan hadiah-hadiah
kepada para pemenang. |
|
|
|
|