Menu UtamaProfileOperasiProdukPromosiAktivitiResipiHubungi Kami

  Sejarah Sazarice Sdn Bhd

Sazarice Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 26 April 1997 and memulakan operasi pada 15 Ogos 1997.

Gabungan di antara BERNAS dan pemborong tempatan adalah untuk memantapkan lagi operasi BERNAS dalam pembekalan beras dan untuk memastikan pengedaran beras dilakukkan dengan lebih berkesan dan efektif.

Sazarice kini mempunyai rangkaian pengedaran yang luas meliputi seluruh pelusuk Sabah. Dengan kualiti produk yang konsisten, penghantaran yang lebih baik and harga yang berpatutan, Jenama Sazarice telah diterima secara meluas dan merupakan jenama yang sangat popular di kalangan para pengguna di Sabah.

Kepimpinan yang berwawasan dan kumpulan pengurusan serta kakitangan yang dedikasi telah membawa Sazarice ke tahap ianya sekarang. Untuk memastikan Sazarice akan terus memberi saingan selepas AFTA, ianya perlu dikukuhkan dengan sentiasa berada di hadapan saingan, kecekapan yang tinggi, perkhidmatan yang terbaik dan budaya korporat yang sesuai. Salah satu titik permulaan yang bersejarah ialah apabila Sazarice dianugerahkan Sijil ISO9001:2000 pada tahun 2004 jesteru membuktikan usahannya dalam meningkatkan produk dan perkhidmatannya.

Kini, Sazarice berdiri megah sebagai pengedar beras yang terunggul di Sabah dan Malaysia Timur satu hari nanti.

  Qualiti Produk & Kepuasan Pelanggan

Selaras dengan Visi & Misi, Sazarice akan terus mempertingkatkan tahap perkhidmatannya kepada para pelanggan. Kesedaran terhadap faktor ini telah meletakkan Sazarice di satu tahap yang lebih kompetitif dalam industri ini. Produk-produk keluaran Sazarice telah mendapat pengesahan "Halal" dari Jawatankuasa Makanan dan Bahan Gunaan Islam Negeri Sabah dan juga telah dianugerahkan ISO9001:2000 oleh Llyod's Register Quality Assurance (LRQA) Kuala Lumpur pada 14 April 2004. Dengan penganugerahan ini, Sazarice merupakan Syarikat yang pertama diiktiraf ISO9001:2000 di Malaysia Timur dalam skop pembungkusan & pemborongan beras.

 Visi   Misi

Untuk menjadi pengedar utama dan paling cekap dalam perniagaan beras dan lain-lain barangan yang berteraskan makanan di Negeri Sabah dan di rantau luar.

Mempertingkatkan dan mengekalkan kewujudan Syarikat dalam rangkaian pengedar bahan makanan dengan menawarkan kualiti barangan yang tinggi pada harga yang berpatutan serta perkhidmatan pelanggan yang terbaik disamping menjamin kepentingan para pemegang sahamnya.

Home | Profiles | Operasi | Produk | Promosi | Aktiviti | Resipi | Hubungi Kami

 

Copyright © 2005 sazarice.com.my   |   best viewed with IE with 1152 x  864 resolution   |   contact: webmaster  |   Disclaimer